Jenayah

Pekerja panik transformer terbakar

Bintulu: Pekerja Kompleks PETRONAS LNG panik apabila sebuah transformer iaitu sejenis alat pengubah arus elektrik di kompleks pengeluaran gas asli cecair itu terbakar, semalam.

Bagaimanapun, kecekapan anggota Pasukan Intervasi Pertama, Malaysia LNG Sdn Bhd berjaya mengawal kebakaran daripada merebak dan membahayakan pekerja di kompleks itu.

Kebakaran disedari pekerja pada jam 9.40 pagi sebelum menghubungi pasukan terbabit untuk memaklumkan kejadian.

Jurucakap Jabatan Perhubungan Awam Malaysia LNG Sdn Bhd berkata, kebakaran berjaya dipadamkan jam 10 pagi.

Menurutnya, kejadian itu tidak membabitkan kecederaan pekerja yang berada di kawasan kompleks berkenaan.

“Kejadian itu juga tidak menjejaskan pengeluaran LNG yang dikeluarkan kompleks berkenaan.

“Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan pasukan khas yang ditubuhkan,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");