Jenayah

Pemandu maut, kelindan parah

Sandakan: Seorang maut manakala seorang lagi parah selepas lori yang dalam perjalanan menghantar kelapa sawit ke Lahad Datu hilang kawalan dan terbalik di Jalan Sukau-Sandakan, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.40 petang itu, pemandu, Syahril Bachok, 52, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya berusia 65 tahun parah dan dikejarkan ke Hospital Kinabatangan.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Zabidi Md Zain berkata, kemalangan itu membabitkan lori jenis Nissan.

“Hasil siasatan mendapati lori dipercayai memotong kenderaan lain dan apabila masuk semula ke laluan asal, ia hilang kawalan lalu terbabas serta terbalik.

“Akibat kejadian itu, pemandu maut manakala kelindannya parah,” katanya, semalam.

“Polis meminta mana-mana individu yang melihat kejadian supaya tampil membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");