Berita Hari Ini

Proses keadilan di negara ini bebas – Razali

MUAR: Sistem perundangan di negara ini bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau faktor tertentu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, berkata semua pihak perlu memberi ruang terhadap sistem keadilan di negara ini supaya ia dapat dilaksanakan dengan sendiri tanpa dipengaruhi pihak lain yang mungkin mempunyai kepentingan tertentu.

Beliau berkata, penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, jelas membuktikan proses perundangan tidak dipengaruhi sesiapa kerana beliau bukan ditahan serta-merta, sebaliknya proses berkenaan dijalankan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan.

“Pembangkang sering menjadikan orang yang didakwa khususnya yang berada di sebelah mereka sebagai orang yang teraniaya atau menjadikan individu terbabit sebagai hero.

“Persepsi seumpama ini cuba mempengaruhi pihak tertentu kononnya sistem perundangan dan keadilan di negara ini sebagai tidak bebas. Itu satu tindakan yang cukup tidak adil dan berbahaya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan di Surau Al-Falah, Sungai Balang di sini, malam tadi.

Razali berkata, bukan Guan Eng sahaja yang pernah ditahan, sebaliknya beberapa pemimpin kerajaan juga seperti Tan Sri Kasitah Gaddam dan Dr Mohamad Khir Toyo juga pernah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang hampir sama.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");