Perak Hari Ini

Peruntukan RM1juta Bina Jeti Nelayan Darat di Pasir Salak

PASIR SALAK: Kerajaan telah memperuntukan kira-kira RM1 juta untuk pembinaan jeti bagi nelayan darat di Parlimen Pasir Salak.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ia meliputi pembangunan bagi tiga kawasan sama ada yang telah atau sedang dilaksanakan.

PERAK TODAY 6

 

Ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, pembangunan berkenaan termasuklah di jeti Sungai Mangkuk, jeti Sungai Dedap dan klaster ternakan ikan Sungai Perak di Pulau Tiga Kiri.

“Saya harap mereka akan menggunakan jeti dan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya.

“Kita juga berharap agar hasil akan bertambah dan membantu menambahkan bekalan ikan untuk kegunaan para pengguna,” katanya.

PERAK TODAY 3

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Perasmian Jeti Nelayan Darat Sungai Dedap, Mukim Pasir Salak, di sini, hari ini.

Jelasnya, dengan adanya kemudahan jeti seperti ini, nelayan boleh menumpukan kepada kegiatan penangkapan ikan.

“Insyaallah kalau tumpu, pendapatan mereka akan bertambah baik. Kita nak mereka jadi nelayan yang berjaya,” katanya lagi.

PERAK TODAY 2

Dalam perkembangan lain, Tajuddin berkata, cadangan untuk penanaman daum ketum bagi tujuan eksport tidak pernah ada dalam agenda kementerian.

Tegasnya, pihak yang mencadangkan tentang perkara tersebut harus membuat kajian terperinci bagi memastikan ianya tidak mendatangkan sebarang kesan buruk.

PERAK TODAY 1

“Ia tidak ada dalam agenda kementerian sama ada untuk menanam,  menggalakkan orang tanam dan sebagainya. Memang tidak ada.

“Kalau ada orang yang buat idea dengan Risda itu, elok kaji implikasinya kerana ketum ini terkenal sebagai persepsi dan pemahaman negatif iaitu minum jadi high (khayal),” tegasnya lagi.

Terdahulu, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah memohon kerajaan agar membenarkan pekebun kecil di negara ini untuk menanam pokok ketum bagi meningkatkan pendapatan golongan tersebut.

Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, cadangan itu timbul selepas pihaknya menerima permohonan daripada beberapa syarikat farmasi dari Amerika Syarikat dan Eropah bagi membekalkan daun ketum untuk tujuan menghasilkan ubat-ubatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");