Sukan Hari Ini

Real Madrid Bermula Hambar, Tewas Kepada PSG

KEMPEN pra musim Real Madrid bermula hambar apabila pasukan kendalian legenda Perancis, Zinedine Zidane itu tewas 1-3 kepada Paris Saint Germain (PSG) pada saingan Piala Juara Antarabangsa yang berlangsung di Stadium Ohio, pagi Khamis.

Pemain pertahanan Thomas Meunier menjaringkan dua gol pada babak pertama selepas Jonathan Ikone membuka jaringan awal untuk PSG pada minit kedua.

Madrid memperoleh gol tunggal menerusi Marcelo pada minit ke-44.

Skuad utama Los Blancos dibarisi Alvaro Morata yang melakukan penampilan pertamanya sejak berhijrah dari Juventus, Isco, Rafael Varane dan Jese Rodriguez.

Pengurus PSG, Unai Emery amat berpuas hati dengan prestasi pemainnya dalam tiga aksi persahabatan setakat ini.

Terdahulu, PSG menundukkan West Brom 2-1 manakala menang ke atas Inter Milan 3-1 pada aksi pembukaan perlawanan itu Ahad lalu.

Thiago Silva, Javier Pastore, Lucas Moura dan Edinson Cavani diturunkan dalam kesebelasan utama PSG pada perlawanan itu.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");