Panasnya Hari Ini

PRN Pulau Pinang: PKR Belum Yakin Mahu Berbincang

KUALA LUMPUR:Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang yang dikemukakan DAP.

Memetik sumber Astro Awani, ujarnya, PKR akan meneruskan perbincangan dengan DAP berhubung cadangan itu.

Pihaknya juga akan menghantar satu delegasi pimpinan tertingginya bagi menerangkan pendirian parti kepada pimpinan DAP dalam tempoh terdekat.

“Selepas perbincangan menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat, mesyuarat telah memutuskan secara sebulat suara bahawa Keadilan masih belum yakin dengan cadangan tersebut.

“Bagaimanapun, atas dasar semangat setiakawan, Keadilan tetap bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan parti rakan di dalam Pakatan Harapan,” katanya.

Terdahulu pada Isnin, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merayu PKR dapat membuat keputusan bersama untuk menyokong diadakan PRN.

Guan Eng terdahulu turut mengumumkan bahawa hanya parti Amanah yang setakat ini bersetuju menyokong PRN diadakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");