Sukan Hari Ini

Tunku Tun Aminah dilantik Presiden Kelab JDT

PUTERI Sultan Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah dilantik sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pengumuman tersebut dikongsi oleh laman Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.

Selain pelantikan tersebut, Johor Southern Tigers juga memberi penjelasan lanjut mengenai Organisasi Kelab Bola Sepak JDT dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

“DYAM Tunku Mahkota Johor adalah Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dan Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor.

“YAM Tunku Tun Aminah adalah Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim. Dato Ismail Karim adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor,” akhiri perkongsian Facebook tersebut.

Perkara tersebut disambut baik oleh majoriti peminat pasukan bola sepak JDT di laman sosial.

“Terbaik. Ini akan menambah peminat wanita di JDT. Pandangan yang jauh sangat disokong,” kata Nahar.

“Yang muda dan berusia dan berpengalaman berganding bahu dalam satu organisasi. Pasti akan membuahkan idea yang lebih baik lagi hasil pandangan kedua-dua pihak, bukan lantik semua di kalangan yang berusia dengan alasan lebih dulu makan garam.. dah tentu idea dan corak pemikirannya dah ketinggalan zaman.,” ujar Zack.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");