Berita Hari Ini

Tangani golongan ‘Sleeping Cell’

Padang Terap: Golongan dikenali sebagai ‘Sleeping Cell’ iaitu kumpulan yang bergerak secara senyap dalam masyarakat perlu ditangani bagi mengelakkan mereka turut mempromosikan perilaku ekstremis atau keganasan dalam kalangan warga pendidikan termasuk guru dan pelajar di negara ini.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau tidak mahu kewujudan golongan berkenaan menular dan semua pihak perlu berwaspada bagi memastikan idea dibawa mereka tidak meresapi pemikiran disebabkan ia hanya membawa kepada keburukan.

“(Kewujudan) ‘Sleeping Cell’ (dalam masyarakat) siapa pun tidak tahu, tetapi melalui risikan pihak polis berjaya menahan 14 orang (anggota Daish) dan semua pihak perlu ‘alert’ (berwaspada) terutama dalam bidang pendidikan sama ada agama atau bukan agama.

“Pada masa sama, kita minta semua guru yang menjadi harapan masyarakat untuk membantu kerajaan dalam menyatakan apa yang sebenarnya berlaku disebabkan tindakan berada bersama Daish ini disifatkan menyalahi agama, malah lebih buruk apabila membunuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Hari Guru 2016 dan Jamuan Aidilfitri di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Ahmad, Kuala Nerang, di sini, semalam.

Menurut beliau, pihaknya meminta guru turut berperanan menyampaikan maklumat sebenar mengenai persekitaran semasa yang berlaku khususnya membabitkan golongan yang cenderung dalam aktiviti ektremis.

“Bagaimana kita (guru) hendak menerap dan memahamkan apa yang sedang berlaku. Kita tidak boleh cakap secara berselindung, (sebaliknya) kena berterus-terang dengan pelajar.

“Ini (keganasan) isu yang sedang kita hadapi, (pelajar perlu tahu) ini tidak patut dibuat, (dan) ini patut dibuat,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");