Sukan Hari Ini

Empat layak ke suku akhir

JUARA bertahan, Perak mengesahkan slot ke suku akhir bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) selepas mengalahkan Negeri Sembilan 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Universiti Malaysia Sarawa (Unimas), Kota Samarahan, semalam.

Kemenangan kedua berturut-turut itu menyaksikan mereka muncul juara kumpulan D dengan kutipan maksimum enam mata.

Walaupun tewas, Negeri Sembilan turut layak ke suku akhir selaku naib juara Kumpulan D.

Pada aksi di Unimas, Negeri Sembilan terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan N Thanabalan pada minit ke-36 sebelum Perak bangkit meledak dua gol menerusi Muhammad Aiedil Shafiq Aznan dan Muhammad Faizzzwan Dorahim, masing-masing pada minit ke-59 dan 71′.

Sarawak dan Wilayah Persekutuan turut layak ke suku akhir selepas masing-masing muncul naib juara dan juara Kumpulan C dengan kutipan dua mata.

Wilayah Persekutuan bagaimanapun muncul juara kumpulan menerusi kelebihan jaringan.

Pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Negeri, Petra Jaya, kedua-dua pasukan seri 2-2 yang mana Mohamad Ramadhan Jalil dan Muhd Arif Mohd Anwar menjaringkan
gol untuk Wilayah Persekutuan pada minit ke-17 dan 78′.

Sarawak meraih jaringan menerusi Tommy Mawat Bada dan Nor Azizi Ramlee, masing-masing pada minit ke-18 dan 82′. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");