Jenayah

Tersangkut di bumbung melayang tingkat 30

Kuala Lumpur: Seorang ibu terkejut apabila mendapati anak lelakinya terjatuh dari tingkat 30 kondominium dihuni di Batu 3, Jalan Ipoh di sini, sebelum tersangkut di atas bumbung di bawah kediaman.

Dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, mangsa berusia 17 tahun dipercayai terjatuh dari balkoni kediaman keluarganya itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, tubuh mangsa bagaimanapun terhempas dan ditemui di atas bumbung di tingkat tiga kondominium itu.

Menurutnya, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada pengawal keselamatan kediaman berkenaan yang memaklumkan terdapat seorang lelaki terjatuh.

“Sepasukan anggota polis pergi ke lokasi kejadian dan menemui mayat mangsa di atas bumbung di tingkat tiga kondominium. Pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati tiada kecederaan luaran ditemui pada badan mangsa. Susulan itu mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Temu bual dengan ibu mangsa memberitahu anak ketiga daripada lima beradik itu masih dalam proses pemulihan kerana pernah terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Mangsa juga masih bersekolah.

“Polis menjalankan siasatan di lokasi dan mendapati tiada unsur jenayah. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut (SDR). Bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan dalaman di dada,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dan bantuan menurunkan mayat tersangkut di bumbung pada jam 11.27 malam kelmarin.

“Seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul bersama satu jentera dihantar ke lokasi. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");