Sukan Hari Ini

Tuah playoff Brittany

San Francisco, AS: Brittany Lang (gambar) menjuarai Terbuka Wanita Amerika Syarikat menerusi playoff tiga lubang ke atas Anna Nordqvist, yang dikenakan penalti dua pukulan pada lubang playoff kedua.

Keadaan itu memberi tuah buat Brittany yang mencatat par dalam ketiga-tiga lubang playoff, untuk menjulang gelaran utama pertama di CordeValle, San Martin, California.

Kedua-duanya sebelum itu terikat enam bawah par 282, dua pukulan di depan kumpulan pemain yang turut dibarisi pemain nombor satu dunia Lydia Ko.

Brittany, pemain AS yang sebelum ini menjulang satu-satunya gelaran Jelajah LPGA sebelum ini pada Klasik LPGA Manulife Financial 2012, menamatkan saingan dengan satu bawah par 71.

“Saya tidak percaya. Ia sungguh bermakna,” kata Brittany, 30. “Inilah yang anda impikan. Ia sungguh menakjubkan.” -AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");