Sukan Hari Ini

Yakin Itali akan singkir Jerman

SELEPAS kejayaan membenam juara bertahan Sepanyol di pusingan kalah mati tempoh hari, pengendali kelab Seria A Sassuolo, Eusebio Di Francesco menyatakan keyakinan bahawa anak buah kendalian Antonio Conte mampu menyingkirkan Jerman untuk melangkah ke pusingan separuh akhir.

“Conte sudah membuktikan bahawa dia seorang jurulatih yang bagus. Dia banyak mendapat sanjungan daripada penyokong dan ramai pihak. Dia juga berjaya mencipta keserasian di antara pemain-pemainnya dan dapat menjadikan ia sebagai sebuah pasukan yang mantap dan digeruni lawan.

“Menentang Jerman? Saya yakin Itali akan menang. Pasukan ini sudah membuktikan persaingan sejak permulaan pentas Euro lagi.

“Melihatkan sahaja kepada mental dan prestasi semasa pemain saya dapat membayangkan kemenangan demi kemenangan akan mereka cipta selepas ini,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");