Berita Hari Ini

Rakyat jaga kesihatan, kerajaan pantau situasi – Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meminta orang ramai mengambil langkah perlu bagi menjaga kesihatan terutama bagi kanak-kanak dan warga emas berikutan masalah jerebu yang kembali ke beberapa lokasi di negara ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memantau situasi semasa dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah itu. “Di luar pejabat saya nampak macam jerebu sudah kembali, juga di beberapa tempat lain.

Kalau kawasan anda terbabit, ambil langkah jaga kesihatan, terutama bagi anak-anak kecil dan warga emas.

“Kerajaan akan terus memantau situasi ini dan ambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam entri terbaru di laman sosial Facebooknya, hari ini.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");