Panasnya Hari Ini

Batal PRN Pulau Pinang, Satu Keputusan Terbaik

KUALA LUMPUR:Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob menegaskan bahawa keputusan DAP untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri (PRN) di Pulau Pinang merupakan satu keputusan terbaik.

Memetik sumber Bernama, ujarnya keputusan untuk mengadakan PRN bukan perkara mudah yang boleh dibuat tanpa penilaian yang sewajarnya.

“Itulah kita dalam hal ini jangan terburu-buru kerana PRN bukan satu perkara yang boleh kita buat untuk sesuatu tujuan tertentu.

“Lagi pun PRN memerlukan bajet yang besar dan boleh dikatakan akan menyusahkan rakyat,” katanya.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Ahad berkata DAP tidak akan meneruskan cadangannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi mengadakan pilihan raya mengejut berikutan rakan sekutunya PKR tidak bersetuju.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");