Berita Hari Ini

Bidang ternakan makin dapat sambutan

KUALA TERENGGANU – Penglibatan golongan muda dalam bidang ternakan semakin mendapat sambutan bagi membolehkan mereka peroleh pendapatan lumayan selain penuhi permintaan pasaran semakin meningkat.

Pengarah Veterinar Terengganu, Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, melalui kaji selidik yang sedang dilakukan pihaknya, jumlah penternak terutamanya lembu dan kambing semakin meningkat termasuklah golongan muda.

Menurutnya, tetapi jumlah sebenar kita belum memperolehnya lagi kerana kita sedang membuat bancian bagi mengenal pasti jumlah penternak lama dan penternak baru.

“Kejayaan beberapa usahawan muda dalam bidang penternakan yang mampu memperoleh pendapatan yang baik dan lumayan merupakan dorongan penglibatan lebih ramai golongan muda menceburi bidang ini.

“Jika dahulu tidak ramai golongan muda menceburi bidang penternakan ini terutamanya menternak lembu kerana ia agak sukar dan kurang berminat tetapi jumlahnya semakin meningkat sejak kebelakangan ini termasuklah mereka yang lepasan ijazah malah ada yang lepasan belajar luar negara,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Termizi berkata, pihaknya sedia membantu golongan muda yang menceburi bidang penternakan melalui program Agropreneur Muda yang dilancarkan kerajaan tidak lama dulu.

“Mereka boleh menternak secara kecil-kecilan terlebih dahulu dan boleh membuat permohonan untuk mendapatkan dana bagi membesarkan projek ternakan mereka, jabatan akan memberi sokongan terhadap permohonan untuk mendapatkan dana itu sekiranya mereka benar-benar layak,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");