Panasnya Hari Ini

Parti Bersatu Akan Terkubur- Johari Ab Ghani

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Johari Ab Ghani menyatakan keyakinan bahawa parti Pribumi Bersatu Malaysia akan berkubur dan menerima nasib seperti penubuhan parti Semangat 46 yang dibangunkan atas dasar tidak puas hati.

Memetik sumber Berita harian,Ahli UMNO dinasihati tidak menghentam atau mengkritik penubuhan parti dan seharusnya fokus terhadap usaha memperkukuhkan UMNO.

“Tun Dr Mahathir buat parti baharu, (Tan Sri) Muhyiddin buat parti baharu. Biarkan. Janganlah bantai-bantai mereka sebab orang Melayu bila tiba masanya akan sedar.

“Kita tengok dulu, masa Tengku Razaleigh (Hamzah) tubuh parti Semangat 46. Marah dan cakap macam-macam pasal UMNO tetapi orang Melayu tetap Melayu.

“Tiba masanya, parti Semangat 46 tutup,” katanya.

Johari yang juga merangkap Menteri Kewangan II turut menasihati ahli UMNO perlu bekerja lebih kuat untuk terus mengetuai pentadbiran negara.

“Apa yang penting, kita kena jaga parti kita, kuatkan perpaduan, tanam sikap kesabaran dan terus berkhidmat kepada masyarakat.

“Mereka yang menubuhkan parti baharu ini adalah pemimpin yang kita sanjung dan sudah memberi jasa besar kepada negara ketika dahulu. “Jangan marah mereka, kita ucap selamat maju jaya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");