Sukan Hari Ini

Bilic: Kemenangan bermakna

WEST Ham United memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman baharu – bekas Stadium Olimpik London dengan langkah kanan apabila melakar kemenangan 1-0 ke atas Bournemouth.

“Kami layak menang perlawanan ini biarpun tahu ianya sukar selepas kami kehilangan beberapa pemain terbaik.

“Tapi pemain tetap berikan tekanan kepada lawan, akhirnya kami gembira tiga mata satu kemenangan bermakna di stadium yang cantik ini,” kata pengurus West Ham, Slaven Bilic yang kehilangan khidmat Dimitri Payet dan Andy Carroll akibat kecederaan.

Dalam aksi pembukaan liga minggu lalu The Hammers tumbang 1-2 kepada Chelsea bimbingan Antonio Conte di Stamford Bridge.

Dalam pada itu pengendali Bournemouth, Eddie Howe mengakui menentang West Ham satu perlawanan yang sengit.

“Kami meningkat babak kedua dan berfikir ia adalah perlawanan di mana kami akan menang.

“Namun disebabkan sedikit kurangnya disiplin kami dihukum dengan kekalahan,” katanya yang akur jaringanMichail Antonio menghadiahkan tiga mata tuan rumah.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");