Sukan Hari Ini

Felda tetap waspada

FELDA United tetap berwaspada ketika berdepan Kelantan malam ini di sebalik misi memburu tiga mata sekali gus menghambat pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pengendalinya, Irfan Bakti Abu Salim menegaskan Kelantan kini berada di prestasi terbaik mereka dan tidak mustahil boleh mencipta kejutan ke atas Felda.

“Saya lihat Kelantan kini sedang meningkat naik berdasarkan tiga perlawanan sebelum ini. Jika kita tidak berhati-hati, mungkin kita akan kecundang.

“Saya juga minta pemain supaya berhati-hati dengan taktikal pengendali Kelantan Velizar Popov yang bijak mengatur strategi.

“Bagaimanapun, rekod saya di Stadium Sultan Mohamad IV tidak buruk dan saya tidak mahu kalah di sini,” katanya.

Sementara itu, Irfan Bakti turut mengharapkan ayam tambatannya, Francis Forkey Doe untuk terus menampilkan bisa dan menjaringkan gol buat Felda.

“Selain Forkey Doe saya minta pemain lain juga untuk tampil dengan persembahan cemerlang. Jika Forkey Doe di rantai, pemain lain boleh ambil kesempatan dan menggunakan peluang terhidang untuk menjaringkan gol,” katanya.

Dalam pada itu, Irfan Bakti mengesahkan pemain tengahnya Lutfulla Turaev tidak dapat diturunkan ketika menentang Kelantan akibat kecederaan dan terpaksa direhatkan untuk satu atau dua perlawanan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");