Sukan Hari Ini

Galas cabaran Pahang

Kuantan: Aksi konsisten sepanjang permainan menjadi kelebihan pasangan Mohd Taufid Hidayat Mohd Nor dan Mohd Izzuwan Ruslani untuk muncul juara acara beregu Bawah 18 (B-18) Kejohanan Badminton Remaja Pahang Sirkit Ke-2, baru-baru ini.

Dalam perlawanan akhir di Dewan Persatuan Badminton Pahang Indera Mahkota, di sini, pasangan terbabit mudah menewaskan Chong Kar Chun-Ee Quan Sheng, 21-16, 21-12 dalam masa 35 minit.

Kejohanan anjuran Persatuan Badminton Pahang itu disertai lebih 70 pemain remaja dalam empat kategori iaitu B-9, 13, 15 dan 18 lelaki serta perempuan.

Bagi Taufid, kejayaan itu menjadi pembakar semangat untuk meneruskan cabaran Pahang pada kejohanan peringkat kebangsaan selepas ini.

Dia yang beraksi di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak, bulan lalu berkata, walaupun tidak dapat bergandingan dengan Izzuwan namun itu bukan penghalang untuk menyumbang sebutir emas kepada kontinjen Pahang.

“Prestasi saya dan Izzuwan kali ini berada di kemuncak. Musim lalu kami hanya mampu menduduki tempat kedua kategori Bawah 15 Tahun,” katanya yang lebih lima kali menyertai kejohanan itu.

Bagi Izzuwan saingan sengit perlawanan akhir agak mencemaskan namun dengan sokongan Taufid, berjaya memulihkan semangatnya.

Dalam acara perseorangan lelaki B-18 seperti diramal Nabeel Azriq Nazri tidak menghadapi masalah muncul juara menewaskan Faris Zaim Mohd Khalid 21-17, 21-10.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");