Berita Hari Ini

#TangkapMO1: Tindakan tegas untuk pelajar tajaan Mara

KOTA BHARU – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bakal mengenakan tindakan tegas terhadap pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang didapati terlibat dalam Himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 (#TangkapMO1).

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan berhubung penglibatan pelajar di bawah tajaannya menyertai himpunan tersebut.

“Kita akan siasat dulu kalau ada mana-mana pelajar Mara terlibat kita akan ambil tindakan kerana ini perhimpunan yang haram.

“Walaupun dibuat di bawah Akta Perhimpunan Aman, kalau kita berhimpun di luar tempat yang ditetapkan oleh polis itu sudah dianggap haram,” katanya kepada media.

Terdahulu beliau menghadiri Program Moh Ngeteh Hari Kebangsaan KKLW yang diadakan di Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa.

Hadir sama menjayakan program yang disertai lebih 500 warga Mara semalam, Timbalan Menteri KKLW, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Himpunan #TangkapMO1 anjuran mahasiswa di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu membawa mesej mahukan perubahan dalam urus tadbir negara.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");