Sukan Hari Ini

Ibrahimovic bakal mengganas dalam EPL

ZLATAN Ibrahimovic memulakan penampilan sulungnya bersama Manchester United dengan cemerlang apabila menjaringkan gol pertama dalam kemenangan besar ke atas kelab Turki, Galatasaray 5-2 dalam perlawanan persahabatan di Gothenburg, awal pagi semalam.

Malah, Ibrahimovic hanya memerlukan empat minit untuk menjaringkan gol dan ia seolah-olah petanda dan amaran bahawa dia bakal mengganas dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

“Saya cukup selesa bermain dan apabila menjaringkan gol, saya rasa puas. Mungkin sudah mula serasi dalam pasukan.

“Ia adalah perlawanan pertama dan lebih penting saya perlu untuk terus meningkatkan fizikal dan stamina. Saya akan cuba membantu pasukan dengan mencipta lebih banyak gol dan peluang,’ katanya.

Ibrahimovic melakukan gol trademarknya iaitu tendangan gunting pada minit keempat selepas menerima hantaran silang dari Antonio Valencia.

Sementara itu, kapten United, Wayne Rooney yakin Ibrahimovic akan menghasilkan lebih banyak gol menarik dan membantu pasukan mengapai semula kejuaraan EPL.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");