Sukan Hari Ini

Kembali bangkit

London: Manchester United sudah kembali bangkit sejak dikendalikan pengurus baharu Jose Mourinho dan tidak sabar untuk mencabar gelaran Liga Perdana Inggeris, kata kapten Wayne Rooney.

Penyerang berusia 30 tahun itu yang menjulang gelaran liga buat kali kelima bersama kelab berkenaan pada 2013, menjaringkan lapan gol musim lalu ketika United sekadar menamatkan saingan di tangga kelima, sekali gus gagal ke Liga Juara-Juara.

Juara Liga Inggeris 20 kali itu sudah mendapatkan khidmat penyerang Zlatan Ibrahimovic, pemain tengah Henrikh Mkhitaryan dan pertahanan Eric Bailly.

Berdasarkan laporan media tempatan, United dikatakan sedang mengadakan perbincangan dengan Juventus berhubung usaha membawa masuk Paul Pogba.

“Saya rasa sebahagian besar pemain sudah menganggap pasukan ini seperti Manchester United yang dulu. Ia bukan hanya disebabkan pemain baru tapi kami juga sudah memiliki Anthony Martial dan Marcus Rashford sejak musim lalu dan mereka memberi kesan positif terhadap pasukan,” kata Rooney.

Rooney yang akan disenaraikan pada perlawanan menentang kelab lamanya Everton pada perlawanan testimoni di Old Trafford esok, berharap United mampu memenangi Perisai Komuniti menentang juara liga Leicester City di Wembley, Ahad ini.

“Kami berada di kedudukan terbaik. Kami yakin mampu mencabar gelaran Liga Perdana dan mahu memulakannya dengan memenangi Perisai Komuniti,” kata Rooney.

“Saya tahu ia sekadar satu perlawanan tapi kami mahu membuktikan mampu memenangi piala musim ini. Kami anggap Perisai Komuniti penting.”

United yang membelasah kelab Turki Galatasaray 5-2 dalam perlawanan persahabatan Sabtu lalu, akan memulakan kempen Liga Perdana dengan menentang Bournemouth di tempat lawan pada 14 Ogos ini.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");