Berita Hari Ini

Kementerian ambil serius kes keracunan makanan

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius kejadian keracunan makanan yang berlaku di kantin dapur asrama sekolah serta institusi pendidikan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Kesihatan menjelaskan bahawa pihaknya telah mengambil beberapa langkah kawalan yang berterusan dalam menangani isu ini.

“Di samping pemeriksaan rutin, KKM telah meningkatkan pemeriksaan ke atas kantin dan dapur asrama sekolah serta institusi pendidikan melalui Operasi Premis Bersih di seluruh negara,” petik kenyataan tersebut.

Menurutnya, pada tahun 2015 sehingga 30 Jun 2016, melalui pemeriksaan rutin sebanyak 30, 314 pemeriksaan telah dijalankan yang meliputi pemeriksaan ke atas 24, 280 kantin sekolah dan kantin institusi pendidikan serta 6,034 dapur asrama sekolah di seluruh negara.

“Melalui pemeriksaan ini, sebanyak 261 (0.9 peratus) arahan penutupan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 telah dikeluarkan,” jelasnya.

Sementara itu, menurut KKM melalui Operasi Premis Bersih, sehingga 7 Jun 2016 sebanyak 1,063 pemeriksaan telah dijalankan yang meliputi pemeriksaan ke atas 757 kantin sekolah dan 306 dapur asrama sekolah di seluruh negara.

Dalam pada itu, KKM juga menjalankan pelbagai aktiviti promosi keselamatan makanan seperti pelaksanaan Pemeriksaan Sendiri (Kendiri) tahap kebersihan kantin dan dapur asrama sekolah.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");