Perak Hari Ini

Ketum : Keluarkan Fatwa Untuk Elak Kekeliruan

IPOH : Majlis Fatwa disaran supaya tampil mengeluarkan fatwa berkaitan penanaman pokok ketum bagi mengelakkan kekeliruan pelbagai pihak.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, secara peribadi beliau tidak bersetuju tentang perkara yang dibangkitkan oleh RISDA.

“Kalau boleh, lakukan kajian yang betul dan terperinci walaupun ada pandangan-pandangan yang mengatakan ianya untuk kebaikan.

“Lebih baik perkara ini dirujuk kepada pakar-pakar dan juga Majlis Fatwa. Secara peribadi, saya memang tidak bersetuju,”katanya ketika ditemui selepas Majlis Jamuan Raya PPN dan Lembaga Pertubuhan Peladang Perak, hari ini.

PERAKTODAY2

Ujarnya lagi, meskipun terdapat pihak yang mengatakan ianya digunakan untuk dieksport ke Amerika Syarikat, tetapi mungkin akan ada pihak yang menyalahgunakan sekiranya penanaman pokok ketum dibenarkan.

Berikutan itu, ianya perlu diperhalusi dan dilihat secara menyeluruh.

“Dari segi Peladang, kita nak supaya satu usaha dibuat bagaimana untuk meningkatkan ekonomi, tetapi mestilah tidak menimbulkan masalah,”ujarnya.

PERAKTODAY3

Terdahulu, Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengesyorkan pekebun kecil di negara ini diberi kebenaran menanam daun ketum untuk dieksport ke luar negara sebagai langkah alternatif meningkatkan pendapatan golongan berkenaan dan mengurangkan kebergantungan terhadap getah.

Beliau berkata, cadangan itu timbul selepas agensi berkenaan menerima permohonan daripada syarikat farmasi di Amerika Syarikat dan Eropah bagi membekalkan daun ketum ke negara tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");