Jenayah

Lori kosong seludup arak, rokok lebih RM1j

ALOR SETAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kedah berjaya merampas pelbagai jenis rokok dan minuman keras yang diseludup dalam sebuah lori tangki minyak bernilai RM334,406 dengan nilai cukai RM1.15 juta.

Pengarah Kastam Kedah, Datuk Abdul Latif Abdul Kadir berkata, pada 25 Julai lepas, kira-kira jam 10.10 pagi sepasukan anggota penguat kuasa kastam menahan sebuah lori tangki minyak yang baru tiba dari Pulau Langkawi kerana disyaki mengangkut barang belum lulus kastam.

Katanya, lori tangki berkenaan ditahan kerana kelihatan mencurigakan, apabila pemandu tidak muncul selepas sejam.

“Susulan itu, mesin pengimbas digunakan untuk imbasan imej untuk mengetahui muatan lori tangki minyak yang ditinggalkan itu.

Abdul Latif berkata, pihaknya menemui empat ruangan kargo dipercayai digunakan untuk mengisi rokok bernilai RM163,300 membabitkan cukai RM942,873.60, manakala dua kargo lagi berisi minuman keras bernilai RM171,106 dengan cukai RM208,630.05.

Beliau berkata, nilai barang rampasan keseluruhan membabitkan rokok dan minuman keras adalah RM334,406 melibatkan cukai lebih RM1.15 juta.

“Siasatan mendapati lori tangki berkenaan masuk ke Pulau Langkawi diikrarkan sebagai membawa muatan petrol, manakala diikrarkan tanpa muatan atau kosong kargo sewaktu keluar.

“Siasatan awal mereka mendapati lori tangki berkenaan digunakan untuk mengangkut minuman keras dari Pulau Langkawi ke Kawasan Utama Kastam,” katanya.

Menurut Abdul Latif, pelaku disyaki menggunakan lori tangki diubah suai dengan ruangan kargo untuk mengalih perhatian pihak berkuasa sebagai modus operandi.

Katanya, siasatan mendapati tangki muatan berkenaan tidak menunjukkan kesan digunakan mengangkut minyak berdasarkan keadaan fizikal.

“Pihak kastam sedang melakukan siasatan lanjut melibatkan agen perkapalan dan pemilik kenderaan berdaftar itu, kerana pemandu menghilangkan diri.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967, iaitu mengangkut barang larangan/ belum lulus kastam,” ujarnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");