Berita Hari Ini

Konsortium koperasi OKU ditubuh tahun ini

KUALA NERUS – Sebuah konsortium koperasi dari kalangan orang kelainan upaya (OKU) akan ditubuhkan tidak lama lagi dalam usaha memantap dan menyelaraskan gerak kerja koperasi tersebut dalam satu organisasi.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, penyatuan koperasi berkenaan akan membantu koperasi dan ahli mendapat peluang menjalankan perniagaan berimpak tinggi sekaligus meningkatkan pendapatan koperasi tersebut.

“Setakat ini kita mempunyai 17 buah koperasi OKU yang mempunyai ahli kira-kira 1,000 orang di seluruh negara dan semua koperasi ini adalah koperasi mikro dengan modal dan perniagaan dalam skala kecil.

“Dengan penubuhan konsortium ini ia akan menjadi platform kepada koperasi OKU menjalankan perniagaan yang akan memberi pulangan yang lebih tinggi kepada ahli koperasi sekaligus meningkatkan pendapatan ekonomi negara,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Dialog Koperasi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) Terengganu, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Pertis Mohd Fauzi Mansor.

Abdul Fattah berkata buat permulaan Angkasa kini menubuhkan satu jawatankuasa penaja yang terdiri dari tiga buah koperasi golongan OKU iaitu Pertis, Koperasi Peka dan Koperasi Gerak Wawasan bagi merintis penubuhan konsortium terbabit.

Angkasa katanya akan membantu konsortium kelak dalam hal-hal perundangan dan meransang perniagaan yang akan dijalankan, serta memberi latihan kemahiran kepada anggota koperasi.

Sementara itu, Mohd Fauzi menyambut baik cadangan itu kerana ia bukan sahaja membantu meningkatkan ekonomi para ahli tetapi juga dapat meningkatkan kemahiran golongan OKU.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");