Jenayah

Lelaki ditahan cuba seludup beras

TUMPAT – Tindakan seorang lelaki memandu kereta bersama beras seludup mengundang padah apabila ditahan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor berhampiran Pasar Wakaf Bharu.

Turut dirampas 37 kampit beras yang dimuatkan dalam kereta berkenaan.

Dalam kejadian jam 4.45 petang kelmarin, suspek berusia 59 tahun memandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback, diekori Unit Risikan Marin dari Kampung Nibong, sempadan sungai Golok.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Ahmad Amri Abd Rahman berkata, Unit Risikan Marin melakukan risikan selepas menerima maklumat daripada orang awam.

“Anggota polis marin mengekori kereta tersebut selama 20 minit dari Kampung Nibong Tebal sehingga di lokasi suspek ditahan,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke dalam kereta itu menemui 37 kampit beras berada di bahagian ruang penumpang hadapan, belakang dan but yang dianggarkan bernilai RM6,100.

“Suspek ditahan dan disiasat mengikut Akta Kawal Selia Padi Dan Beras Negara 1994,” katanya.

Menurutnya, kesemua beras dan kereta terbabit dibawa ke markas operasi polis marin untuk tindakan lanjut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");