Perak Hari Ini

Isu Keracunan Makanan: Kementerian Perlu Tegas

IPOH: Pihak Kementerian yang bertanggungjawab digesa bertindak tegas dalam proses penyediaan makanan dan kualitinya di setiap sekolah berasrama di negeri ini supaya gejala keracunan makanan boleh dihindar.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu bekerjasama mencari jalan penyelesaian berhubung kejadian tersebut tidak lagi berulang.

“Kerajaan negeri bukan ingin melepaskan tanggungjawab ini namun apabila berlaku sahaja keracunan makanan yang melibatkan pengurusan kantin sekolah kita tidak boleh bertindak kerana ia dibawah bidang kuasa kementerian masing-masing,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas bersiaran secara langsung menerusi temuramah di radio Perak hari ini.

PERAK TODAY 5

Tambahnya lagi, pihak KPM dinasihati agar mengambil langkah sewajarnya bagi menangani masalah tersebut.

“Pihak Kementerian perlu bertegas dalam soal penyediaan makanan dan mempunyai standard penyediaan makanan di kantin dan kualiti makanan adalah sangat penting

“Jika kita tidak ada kaedah terbaik, pemantauan terhadap kualiti makanan yang baik selagi itu masalah keracunan makanan akan terus didengar,” katanya lanjut.

Katanya, sehingga kini terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang telah digunakan bagaimanapun pihak kementerian perlu memastikan ia benar-benar mencapai piawaian yang diperlukan khusus buat para pelajar.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan berhubung kes keracunan makanan yang berlaku Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) baru-baru ini.

PERAK TODAY 3

Rabu lepas seramai 56 pelajar MCKK disahkan mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan yang disediakan pengendali makanan di dewan makan kolej berkenaan.

Siasatan awal mendapati van yang digunakan untuk mengangkut makanan adalah kotor selain perkakasan seperti dulang makan, jug, dispenser air, mangkuk, pinggan tidak dibersihkan dengan sempurna.

Berhubung kejadian tersebut, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon telah diarahkan untuk mendapatkan laporan lengkap berhubung kejadian itu selain merujuk laporan daripada pihak KPM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");