Sukan Hari Ini

Misi wajib menang Penyu

Kuala Terengganu: Wajib menang. Itu misi yang harus dipikul pemain Terengganu apabila turun melayan Pahang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak malam ini.

Sekiranya pasukan Penyu itu tewas atau seri, peluang buat skuad kendalian bersama Mustaffa Kamal Abd Wahab dan Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor untuk mengekalkan kedudukan dalam Liga Super musim depan akan lebih sukar.

Ini kerana mereka bakal berdepan dengan Johor Darul Ta‘zim, Kedah dan Pulau Pinang.

Namun, jurulatihnya Che Ku Marzuki tetap tenang dan percaya aura beraksi di laman sendiri bakal menyebelahi mereka untuk meraih tiga mata.

“Kami mesti menang ke atas Pahang, tidak ada pilihan lain. Selain beraksi di laman sendiri, kami juga akan turunkan barisan terkuat seperti bertemu Selangor yang berkesudahan seri 1-1,” kata Che Ku Marzuki.

Bekas ketua jurulatih T-Team itu berkata, pemain dalam skuad itu majoritinya mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam arena bola sepak dan pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan.

“Justeru, sudah pasti kelibat mereka ditagih malam ini,” katanya.

Bagaimanapun, Che Ku Marzuki berkata, semua pemain kini berada pada tahap terbaik kecuali pemain import Issey Nakajima Farran yang masih dibelenggu kecederaan.

“Ketiadaan Issey tidak begitu membimbangkan kerana kami bakal menurunkan gandingan Norshahrul Idlan Talaha dan Bogdan Milic,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");