Berita Hari Ini

UTM, IPG bangun perisian analisis data besar

ISKANDAR PUTERI – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjalin kerjasama dengan Polytechnic Institute of Guarda (IPG) dari Portugal untuk membangunkan perisian menganalisis data besar bagi syarikat dan perniagaan besar.

Pengarah Pusat Data Besar UTM, Prof Dr Siti Mariyam Shamsuddin, berkata perisian itu — Graphic Processing Unit Machine Learning Library (GPUMlib) — boleh digunakan untuk mengenal pasti trend semasa dan meramalkan kemungkinan trend masa depan.

“Kita boleh menggunakannnya, sebagai contoh, untuk menganalisis data penerbangan yang boleh menganalisis keadaan cuaca, laluan penerbangan serta menganalisis apa yang trending di Twitter.

“Menerusi analisis data tersebut, syarikat dan perniagaan besar boleh menggunakannya untuk membuat strategi semula atau membuat perancangan semula perniagaan masa depan mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis permeteraian memorandum persefahaman (MOU) dan memorandum perjanjian (MOA) dengan IPG di sini, hari ini.

Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, Prof Dr Azlan Abdul Rahman, dan Presiden IPG Portugal, Prof Constantino Mendes Rei, memeterai MOU dan MOA itu.

Siti Mariyam berkata pembangunan perisian yang dijangka menelan kos awal kira-kira RM1 juta itu, dijangka dikomersialkan dalam masa setahun.

Beliau berkata kerjasama itu juga akan menangani keperluan mewajarkan jumlah data kompleks yang besar dan menampung keperluan peningkatan pengkomputeran bertumpu pada analisis yang meningkatkan permintaan bagi saintis data besar berkelayakan tinggi dan penggemar sains data.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");