Berita Hari Ini

Nasib tiga sekawan dapat perhatian

SKUDAI – Kehidupan tiga sekawan berubah sejurus selepas kedai makan mereka di Medan Selera Taman Teratai, di sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku pada Februari lepas.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 4 pagi itu, Mohd Nizam Md Punggot, 45, Norazimah Abd Aziz, 32, dan Aisham Ahmad Nasir,45, gagal menyelamatkan sebarang peralatan perniagaan yang diusahakan sejak dua tahun lalu.

Menurut Mohd Nizam, dia kini beralih berniaga makanan sejuk beku termasuk karipap, durian goreng dan sebagainya bagi menampung kehidupan keluarganya sementara mencari modal untuk berniaga kembali.

“Selepas berhenti menjadi tukang masak di hotel, saya bersama Aisham cuba berniaga secara kecil-kecilan dengan membeli peralatan perniagaan terpakai, namun tidak sangka pula selepas dua tahun berniaga kami ditimpa musibah ini,” katanya.

Bagi Norazimah, dia kini memilih berniaga roti canai dan murtabak di pasar pagi dan pasar malam sekitar Skudai bersama suami sejurus peristiwa berkenaan.

“Dahulu, selain berniaga sarapan pagi, saya turut berniaga juadah makan malam di medan selera itu dengan pendapatan sekitar RM5,000 sebulan. Disebabkan oleh pelbagai komitmen perlu dibayar setiap bulan, saya dan suami terpaksa berniaga pasar pagi dan pasar malam.

“Kalau mahu dapat lebih terpaksalah kami bekerja siang dan malam untuk mendapat kembali jumlah pendapatan bulanan yang kami peroleh sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun, nasib mereka mendapat perhatian Yayasan Penyayang Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) apabila Mohd Nizam dan Norazimah masing-masing menerima peti ais sejuk beku, manakala Aisham pula menerima chiller yang bernilai RM1,500 setiap satu.

Majlis penyerahan bantuan tersebut disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Penyayang MPJBT, Mohammad Khairi A Malik.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");