Sukan Hari Ini

‘Waspada muslihat Lin Dan’

Kuala Lumpur: Peluang jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei untuk menewaskan musuh tradisi dari China, Lin Dan pada aksi separuh akhir perseorangan lelaki dilihat lebih cerah jika prestasi semasa dijadikan ukuran.

Bekas ketua jurulatih kebangsaan Rashid Sidek (gambar) berkata pemain nombor satu dunia itu perlu berwaspada dengan perang psikologi bakal digunakan Lin Dan dalam perlawanan hari ini.

“Kedua-dua pemain ini mempunyai corak permainan lebih kurang sama, tapi Chong Wei harus berhati-hati dengan pelbagai muslihat musuh tradisinya itu,” kata pemenang gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996.

Rashid yang pernah membimbing pemain berusia 32 tahun itu mengakui Chong Wei mempunyai kelebihan dari segi serangan dan ‘smashing’.

“Dia perlu pelbagaikan coraknya, seperti ‘fast-play’ dan ‘rally’, jika tidak Lin Dan pasti akan senang membaca corak permainannya,” katanya.

Sementara itu, jaguh beregu negara Datuk Razif Sidek turut sependapat dengan adiknya.

“Jika dilihat rekod pertemuan mereka, ternyata Lin Dan memenangi semua kejohanan besar ke atas Chong Wei.

“Namun seandainya Chong Wei berjaya mengekalkan rentak, tidak hilang fokus dan mempunyai keyakinan tinggi, itu pasti akan memberi kelebihan kepadanya,” katanya.

Beliau berkata seandainya Chong Wei berjaya melepasi Lin Dan, perlawanan akhir dijangka sengit kerana Chen Long dilihat tidak ada masalah mengenepikan Viktor Axelsen dari Denmark untuk ke final.

Chong Wei akan menentang Lin Dan dari China pada aksi separuh akhir perseorangan lelaki manakala Chen Long bakal menentang Axelsen. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");