Jenayah

Padah pamer plat motosikal palsu

KUALA LUMPUR – Seorang kerani didenda RM5,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Trafik hari ini kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada motosikal miliknya.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Faizal Shamsudin, 23, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mempamerkan nombor pendaftaran bukan kepunyaan kenderaan dinaikinya di Dataran Merdeka, Jalan Raja, di sini, pada 10.15 malam tadi.

Dia didakwa di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Trafik Inspektor Hashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya dikenakan denda ringan dengan alasan dia baru mula bekerja.

Mengikut fakta kes, sepasukan polis dalam Op Kesan Nombor Pendaftaran Palsu menahan sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z warna merah dalam keadaan mencurigakan.

Selepas semakan dilakukan melalui ‘mobile CAD’ mendapati nombor pendaftaran asal motosikal tersebut adalah berlainan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");