Isu Panas

Pas: Islam benarkan pembelaan bangsa

SHAH ALAM – Menegakkan ketuanan Melayu dan bangsa dalam skop untuk saling bantu-membantu dibenarkan dalam Islam.

Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dasar Islam telah menetapkan bahawa membela bangsa bukannya merupakan kesalahan dalam Islam dengan syarat ia tidak menindas bangsa-bangsa lain

“Bila kita cakap pasal ketuanan Melayu, yang jadi penguasa Melayu tapi ia jadi retorik sebab tidak diasaskan atas dasar Islam,”katanya ketika Wacana Sinar Harian bertajuk “Politik Malaysia: “Di Manakah Melayu?” “yang diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Fadhli berkata, Pas dengan Umno tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

Tegasnya, Pas hanya bersetuju dengan Umno melibatkan beberapa perkara sahaja khususnya dalam aspek pindaan Rang Undang-Undang 355 (RUU355).

“Dalam isu RUU kita ucap terima kasih kepada Umno kerana mereka menyokong pindaan ini,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");