Panasnya Hari Ini

PAS Sedia Kembali Tadbir Terengganu

KUALA LUMPUR : PAS menyatakan kesedian parti itu untuk kembali mentadbir Terengganu dan akan menyokong usaha ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said untuk menjatuhkan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS akan meneruskan usaha tersebut menerusi undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif atau menuntut peletakan jawatannya sebagai menteri besar.

“Kami bersedia untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu,”katanya, lapor mstar.

Terdahulu, Ahmad dilaporkan telah memberi kata dua kepada Ahmad Razif supaya meletak jawatan.

Ahmad memaklumkan bahawa beliau akan menyertai ‘pihak lain’ yang akan membolehkan kerajaan baharu dibentuk melainkan menteri besar meletak jawatan.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai ancamannya untuk membuat langkah dramatik dengan meletak jawatan dari UMNO.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menyelar ancaman yang dibuat oleh Ahmad itu.

“Beliau tidak boleh hanya buat bising mengenainya. Jika UMNO akan memecatnya, maka beliau harus meletak jawatan,”katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, tiada keperluan untuk parti Islam itu membentuk kerajaan campuran dengan UMNO.

“Jika Ahmad meletakkan jawatan, dia akan menjadi ADUN bebas dan PAS akan memegang majoriti,”jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");