Sukan Hari Ini

Pasukan Bernhardt belum siap

Petaling Jaya: Skuad bawah 22 tahun negara berada dalam situasi sukar kerana hanya dua kali dipanggil tahun depan sebagai persiapan untuk Sukan SEA di Kuala Lumpur.

Jurulatih Skuad bawah 22 tahun Frank Bernhardt berkata peluang pasukan untuk memenangi pingat emas pada Sukan SEA adalah sukar kerana beliau masih tidak dapat menjalankan kem latihan dan lagipun perlawanan antarabangsa yang disertai oleh skuad juga kurang.

“Jika mengikut kalendar FIFA, kami hanya dua kali dipanggil pada 2017 dan masa itu tidak cukup untuk menyiapkan pasukan untuk memenangi pingat emas pada Sukan SEA.

“Saya dimaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan dan pengurusan kami akan berbincang dengan persatuan bola sepak negeri mengenai perkara ini dan kita akan melihat apa penyelesaiannya,” katanya di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, di sini hari ini.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");