Sukan Hari Ini

90 pelajar sertai klinik bola sepak

Pekan: Seramai 90 pemain pelajar sekolah rendah dan menengah di daerah ini menyertai klinik bola sepak Talent Team FC Pahang kali pertama diadakan di padang Majlis Daerah Pekan (MDP) Peramu Jaya, kelmarin.

Program anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan itu bertujuan mencungkil bakat baru selain memberikan pendedahan kepada pemain teknik permainan bola sepak sebenar.

Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Pekan Kamaludin Abdul Latif berkata, pemain yang menyertai program itu mendapat tunjuk ajar empat jurulatih berpengalaman di peringkat negeri.

Katanya, program itu dimulakan dengan latihan kecergasan, teknik permainan dan perlawanan yang menguji kebolehan serta kemampuan pemain beraksi seperti diperlukan.

Menurutnya, sokongan ibu bapa yang menyaksikan program itu menambahkan lagi semangat pemain untuk memberikan persembahan terbaik seterusnya berpeluang terpilih mewakili Pekan ke peringkat negeri.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");