Sukan Hari Ini

‘Pingat terbaik saya’

Rio de Janeiro: Atlet Kenya yang menjadi fenomena, Eliud Kipchoge berjaya muncul pemenang acara maraton dan Brazil meraikan pasukan bola tampar mereka meraih emas sekali gus menutup tirai Olimpik Rio semalam.

Walaupun temasya berkenaan dibayangi kes doping sejam sebelum upacara penutup, Kipchoge berjaya menyinar dalam cuaca hujan dan dia berjaya meraih kemenangan ketujuh dalam lapan perlumbaan utama.

Kipchoge, 31, mencatat masa dua jam lapan minit 44 saat, mengetepikan pelari Habsyah Feyisa Lilesa yang meraih perak dan Galen Rupp dari Amerika Syarikat yang juga pemenang pingat perak acara 10,000 meter di London empat tahun lalu.

“Ini adalah pingat terbaik yang saya pernah raih sepanjang hidup. Ia bukannya mudah tetapi saya rasa sangat selesa. Saya seorang yang mempercayai perancangan dan persediaan. Saya akan pulang ke Kenya dan akan duduk berbincang bersama jurulatih mengenai perancangan pada masa akan datang.” kata Kipchoge yang disebut-sebut mampu memecah rekod dunia milik Dennis Kimetteo.

Ia kejayaan ketujuh dalam lapan maraton yang disertai atlet berusia 31 tahun itu selepas muncul juara di Maraton London buat kali kedua April lalu, kurang tujuh saat untuk memecahkan rekod Kimetto 2:02;57s.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");