Membawang Hari Ini

Salwa Razak akrab dengan lelaki Singapura

KUALA LUMPUR: Selepas insiden ditipu bekas teman lelaki yang rupa-rupanya berstatus suami orang, penyanyi Salwa Razak mengakui kini rapat dengan seorang ahli perniagaan warga Singapura.

Salwa, 31, bagaimanapun berkata, pengalaman lalu membuatkannya lebih berhati-hati dalam menjalinkan perhubungan, selain melakukan beberapa ujian tanpa disedari lelaki berkenaan.

“Hendak dikata kami pasangan bercinta, tidak juga. Tetapi, kami kini memang sedang mengenali diri masing-masing dengan lebih rapat lagi.

“Sejak kes ditipu dulu, saya memang lebih berhati-hati. Adalah juga beberapa ujian saya lakukan tanpa disedarinya. Bukannya apa, saya tidak mahu menjalinkan hubungan dengan suami orang atau mengambil hak sesiapa,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Bagaimanapun, Salwa berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan hala tuju perhubungan itu kerana risau sekiranya jodoh tidak kesampaian.

Malah, dia juga enggan mendedahkan identiti dan wajah lelaki terbabit kepada umum.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan kerjaya seni, Salwa berkata, dia kini bergiat aktif di bidang peragaan selain berlakon dan menyanyi.

Terbaharu, drama lakonannya, Singgahsana Cinta, kini disiarkan di RTM1 pada setiap Khamis dan Jumaat, jam 9 malam.

“Selain itu saya juga membuat kerja separuh masa bersama sebuah syarikat yang terbabit dalam pencarian penajaan. Pada masa sama, saya membantu keluarga menjalankan perniagaan ikan pekasam,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");