Jenayah

Syabu RM400,000 dalam kereta

Georgetown: Dua lelaki pekerja kasino ditahan polis kerana memiliki syabu seberat 5 kilogram bernilai RM400,000 dalam serbuan di Taman Idaman, Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, serbuan jam 4 petang itu dilakukan selepas polis menerima maklumat dan juga risikan.

“Polis menahan suspek dengan memintas kereta dinaiki mereka di tepi jalan dan hasil pemeriksaan menemui bungkusan dadah yang disimpan dalam but.

“Mereka yang berusia 28 dan 34 tahun itu kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");