Jenayah

Tak sempat rasa hasil ragut

SENAWANG: Dua lelaki yang baharu sahaja meragut beg tangan seorang wanita di Taman Guru, Jalan Paroi-Senawang berjaya ditangkap oleh orang awam yang melihat kejadian tersebut, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang, suspek berusia lingkungan 20-an dan 30-an itu dikejar oleh orang ramai sebaik sahaja melarikan beg tangan seorang wanita yang sedang menjamu selera di sebuah restoran.

Menurut orang awam, Faiz Abdullah, 43, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke bank dan terlihat ramai orang berkerumun di tepi jalan sebelum dimaklumkan ada kejadian ragut.

“Peragut yang melarikan diri dengan menaiki motosikal telah dirempuh oleh sebuah kereta dan kedua-duanya jatuh ke tepi jalan.

“Alhamdulillah, dengan kerjasama orang awam yang ada di situ, peragut berkenaan berjaya ditangkap dan diserahkan kepada polis yang datang ke lokasi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, kedua-dua suspek berjaya ditangkap oleh orang ramai sewaktu cuba melarikan diri.

Katanya, semakan rekod lampau mendapati salah seorang daripada suspek itu mempunyai rekod jenayah yang masih dikehendaki bersabit kes samun berkawan pada 2010.

“Kedua-dua kini direman selama tujuh hari sehingga 8 Ogos ini, dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan tanpa senjata,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");