Sukan Hari Ini

Vieira: Pemain Arsenal kurang karakter juara

PATRICK Vieira mendakwa kurangnya karakter juara dalam kalangan pemain Arsenal menyebabkan kelab kendalian Arsene Wenger itu tampak lesu dalam mencabar kejuaraan liga.

Bekas kapten Arsenal yang menjulang tiga kejuaraan liga bersama kelab berkenaan percaya Wenger perlu melibatkan bekas pemain yang sebelum ini menikmati kejayaan di bawahnya untuk memberi inspirasi pemain muda The Gunners.

“Saya kecewa tiada bekas pemain bekerja di Arsenal.

“Adalah baik untuk pemain muda melihat Thierry Henry, (Freddie) Ljungberg atau (Martin) Keown berada di akademi Arsenal,” katanya.

Vieira percaya pemain generasi muda Arsenal mampu mencabar kejuaraan namun mereka tidak mempunyai mentaliti juara.

“Saya tidak faham, contoh yang sempurna adalah Ajax. Anda melihat semua pemain lama bekerja untuk kelab itu di padang, di pejabat – pintu sentiasa terbuka untuk mereka

“Tetapi Arsenal tidak melakukannya dan saya tidak tahu mengapa,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");