Sukan Hari Ini

Welson sekadar perbaiki masa

Rio de Janeiro: Perenang negara, Welson Sim melengkapkan cabaran pada Sukan Olimpik Rio dengan catatan terbaik peribadi dalam acara 1,500 meter gaya bebas lelaki.

Dia merakam 15:32.63s untuk berakhir di tangga ke-39 daripada 45 peserta, awal pagi ini.

Catatan terbaik peribadi Welson sebelum ini adalah 15:32.67s dilakukan di Barcelona awal tahun ini ketika bertanding di Eropah menjelang Olimpik.

Dia berakhir di tangga keempat saringan pertama.

“Ia bukannya acara kegemaran saya. Oleh itu, saya gembira dengan catatan peribadi terbaik yang baharu,” katanya yang turut berlumba dalam acara 200 dan 400m gaya bebas di Rio.

Dia menyamai rekod kebangsaan miliknya sendiri 1:47.67s dalam acara 200m gaya bebas namun tersasar dalam acara 400m gaya bebas, mencatat 3:51.57s berbanding catatan terbaik peribadinya 3:50.33s.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");