Jenayah

Bayi perempuan ditemui di perhentian bas

TELOK AIR TAWAR: Seorang bayi perempuan masih bernyawa ditemui dalam beg plastik di perhentian bas berhampiran sebuah sekolah di Bagan Ajam dipercayai ditinggalkan pagi tadi.

Menurut sumber, kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 pagi itu disedari oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sekolah terbabit.

“Bayi perempuan itu ditemui dalam beg plastik pakaian diletakkan di perhentian bas berhampiran sekolah tersebut.

“Lebih malang lagi, bayi tersebut menangis akibat kesejukan kerana beg tersebut mengandungi air,” katanya.

Katanya, bayi tersebut juga berbau busuk akibat beg itu turut mengandungi darah dipercayai uri.

“Mereka yang melakukan perbuatan ini memang kejam, sebab sanggup biar bayi ini terendam semalaman. Tambahan pula malam semalam hujan, badan bayi ini juga mempunyai kesan kemerahan kerana menangis akibat terlalu kesejukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komissioner Azmi Adam ketika dihubungi berkata pihaknya menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian.

“Pihak polis kemudian membawa bayi itu mendapatkan rawatan di Klinik Desa Bagan Ajam yang terletak di depan sekolah itu sebelum menghantarnya untuk rawatan lanjut di Hospital Seberang Jaya.

“Bayi ini dalam keadaan stabil dan sihat kini dan berada di Hospital Seberang Jaya,” katanya.

Katanya, buat masa ini pihak polis masih meneliti beberapa keterangan untuk membuka siasatan untuk kes ini.

“Pihak polis berharap agar orang ramai yang melihat kejadian ini agar dapat menghubungi pihak polis untuk polis menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");