Perak Hari Ini

Kementerian Naiktaraf Sistem Perparitan Sawah Padi

SEBERANG PERAK: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang dalam proses untuk menaiktaraf sistem perparitan jelapang padi sedia ada kepada parit berasaskan konkrit.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, usaha berkenaan telah dilakukan sejak tahun 2003 melibatkan 12 jelapang padi di seluruh negara.

“Ada jelapang padi yang dah banyak buat (parit konkrit), ada yang baru nak buat macam di Kota Belud dan Batang Lupar.

“Di jelapang padi Seberang Perak ini pula sudah mencapai tahap 90 peratus sistem perparitan menggunakan konkrit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan Insentif Program NKEA Musim 1/2016 Kawasan Seberang Perak di perkarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Seberang Perak di sini, pada Rabu.

Pada majlis tersebut, seramai 358 orang petani memperolehi insentif berjumlah RM1,837,848.20 dengan melibatkan kawasan seluas 1181.7168 hektar.

Tajuddin berkata, sistem perparitan menggunakan konkrit secara keseluruhannya dapat membantu melancarkan aliran air ke sawah padi.

“Kalau dibandingkan dulu dengan sekarang, sistem pengairan padi seperti di Seberang Perak dan Sungai Manik masa ini jauh berbeza yang mana kita boleh dikatakan moden kerana ada longkang yang berkonkrit.

“Dahulu tanah, kalau rebak dan mendap menyebabkan air tak dapat mengalir dengan lancar.. jadi Kementerian sekarang ini nak menaiktaraf semua parit ini menjadi parit saliran air berbentuk konkrit supaya tiada masalah timbul yang menyebabkan masalah kelancaran air keluar masuk ke dalam sawah padi,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, usaha itu secara tidak langsung dapat meningkatkan hasil pengeluaran padi sekaligus dapat mencapai sasaran purata bersih yang telah ditetapkan oleh kementerian iaitu 6.52 tan per hektar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");