Sukan Hari Ini

Hart: Mancini keliru keputusan Guardiola

BEKAS pengurus Manchester City, Roberto Mancini berkata, dia tidak memahami tindakan Pep Guardiola meminggirkan Joe Hart.

Penjaga gol England berusia 29 itu kini menyertai Torino sebagai pemain berstatus pinjaman untuk tempoh satu musim.

Hart terpaksa meninggalkan City kerana gagal mendapat kepercayaan Guardiola selaku penjaga gol nombor satu The Citizens, musim ini.

“Setiap pengurus ada caranya tersendiri, tapi Guardiola? Saya tidak tahu apakah niat sebenarnya dan ia benar-benar membingungkan saya.

“Apa pun, Torino nampaknya beruntung mendapat khidmat Hart. Dia masih boleh berkembang di sebalik usianya.

“Lagipun, Serie A sebuah liga yang mencabar…Ia bagus untuk Hart,” katanya yang pernah membawa City menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 2011/2012.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");