Perak Hari Ini

Jangan Sebar Kebencian, Erat Perpaduan -DS Zambry

IPOH: Semua pemimpin diminta untuk tidak menyebarkan rasa kebencian dan perlu mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat bagi memastikan keamanan dapat dikekalkan dalam negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia bagi memastikan rakyat dan generasi pada masa akan datang dapat hidup dalam suasana saling hormat menghormati diantara satu sama lain.

perak-today-1

Jelasnya, terdapat pemimpin yang menggunakan sentimen tertentu untuk mencapai kemenangan dalam bidang politik, namun mereka perlu sedar bahawa keamanan dalam negara ini perlu dipertahankan.

“Betapa pentingnya kita menjaga keamanan dan perlu menyebarkan kasih sayang antara kita… Jangan sebarkan rasa benci diantara kita.

“Saya ingin mengingatkan dikalangan kita (pemimpin) mungkin bermain dengan sentimen-sentimen tertentu untuk mencapai kemenangan, tetapi ingatlah yang paling penting adalah kita perlu menjadikan negara ini aman dan makmur untuk semua rakyat Malaysia yang ada di negara kita,” katanya.

perak-today-4

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Kebudayaan Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 peringkat negeri Perak di Ipoh Parade, pada Sabtu.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Saripah Zulkifli dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Ujarnya, program yang diadakan pada hari ini bertujuan untuk memupuk persefahaman dan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum di negara ini khususnya di negeri Perak.

perak-today-7

“Pada malam ini merupakan tiga dalam satu iaitu sempena pesta tanglung atau kuih bulan, kemerdekaan dan Hari Malaysia.

“Ketiga-tiga elemen ini dimasukkan untuk mengetengahkan kepada rakyat yang berbilang kaum ini supaya dapat menghargai satu sama lain.

“Paling penting mereka dapat merasai ini ialah Malaysia negara mereka disebalik kepelbagaian budaya yang ada supaya kita dapat saling hormat menghormati dan juga ada rasa apresiasi antara satu sama lain, ini yang kita tekankan dalam konteks negeri Perak kita,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");