Jenayah

Pelajar parah terjatuh lereng Bukit Keluang

BESUT: Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang cedera parah selepas terjatuh ke lereng bukit sedalam kira-kira 20 meter ketika melihat keindahan Laut China Selatan dari Bukit Keluang di sini, jam 8.30 pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Abrar Idris, 19, mengalami kecederaan di kepala dan beberapa bahagian badan lain.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian disedari apabila seorang pendaki lain menemui sebuah kamera dan telepon bimbit milik mangsa berada di atas tebing bukit.

Menurutnya, pendaki tersebut menghubungi talian kecemasan kerana mengesyaki ada pendaki terjatuh ke bawah lereng bukit sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut dan polis dikejarkan ke sana untuk tugas mencari dan menyelamat. “Pasukan penyelamat menemui mangsa terbaring di lereng bukit tersebut dalam keadaan sedar.

Mangsa dari Kampung Datuk Ahmad Said, Ipoh, Perak mendaki bukit itu bersama dua lagi rakannya,” katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Mohd Zailani Abdullah berkata, seramai lima anggota bersama sebuah jentera bomba dan kenderaan Perkhidmatan Anggota dan Penyelamat Paramedik (EMRS) Bomba telah ke lokasi melaksanakan tugas menyelamat mayat.

Menurutnya, mangsa berjaya di bawa keluar ke ambulan yang sediakan menunggu berhampiran muara Sungai Keluang kira-kira jam 12.59 tengahari.

“Mangsa berada dalam keadaan separa sedar dan dia boleh bercakap dalam keadaan stabil,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");