Berita Hari Ini

Jumlah pelajar gagal bayar yuran di Mesir diketahui Khamis

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengumumkan jumlah sebenar pelajar Malaysia yang tidak dapat bayar yuran pengajian di Mesir, Khamis ini.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata laporan awal diperolehnya mengesahkan memang ada pelajar di negara itu menanggung tunggakan berkenaan.

“Rombongan kementerian ke Mesir diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Datuk Kamel Mohamed kembali ke Malaysia semalam. Saya akan mendapatkan maklumat jumlah sebenar pelajar terbabit dan bagaimana untuk membantu secepat mungkin.

“Saya akan umumkan Khamis ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2016 di Universiti Malaya (UM), hari ini.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");