Sukan Hari Ini

Kafa bakal rombak skuad TRW

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) dijangka melakukan rombakan besar-besaran bagi memperkasakan semula The Red Warriors (TRW) untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa dipetik menerusi laman sosialnya semalam, membayangkan struktur pasukan gergasi pantai timur itu bakal mengalami perubahan terutama selepas kontrak hampir separuh pemain mereka tamat, penghujung musim ini.

“Hanya lapan atau sembilan pemain sahaja daripada skuad TRW 2016 akan tamat kontrak pada musim ini manakala (sebahagian besar) pemain lain semua kekal.

“Daripada sembilan pemain yang tamat itu, tidak semua kita dapat tawarkan kontrak baru kerana Velizar Popov (jurulatih) mahu membawa masuk beberapa tenaga baharu di posisi tertentu dan kita telah serahkan kepada dia untuk tentukannya,” katanya menerusi entri berkenaan.

Sinar Harian difahamkan pemain yang bakal tamat kontrak pada hujung musim ini adalah Wan Zack Haikal Wan Noor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Mohd Norfarhan Muhammad, Brendan Gan dan Mohd Noor Hazrul Mustafa.

Selain itu, turut berada dalam senarai ialah kapten, Mohd Badhri Radzi, Indra Putra Mahayuddin, Zairul Fitree Ishak, Mohd Daudsu Jamaluddin dan Mohd Shahrizan Ismail.

Kontrak tiga pemain import iaitu Blazhe Ilijoski (Macedonia), Jonathan Mckain (Australia) dan Wander Luiz Bitencourt Junior (Brazil) yang turut tamat dijangka tidak disambung manakala Margaro Gomis (Perancis) hampir pasti kekal berdasarkan kontraknya yang masih berbaki sehingga hujung tahun depan.

Menurutnya lagi, urusan mencari pemain diserahkan kepada Popov dan pihak Kafa pula akan berusaha mencari sumber kewangan bagi membiayai perbelanjaan pasukan itu untuk musim depan.

“Urusan (pilih) pemain biarlah jurulatih fikirkan. Kita (Kafa) kena fikir di mana lagi hendak mencari wang untuk kita boleh terus bermain bola macam orang (pasukan) lain,” katanya.

Dalam entri itu juga, Annuar memberitahu, skuad TRW musim 2017 itu dijangka melaporkan diri menjalani latihan pra-musim di bawah kendalian jurulatih Bulgaria itu, 20 November nanti.

“Musim hujan (tengkujuh) Disember, TRW akan dihantar berlatih selama dua minggu di luar negara bermula 1 hingga 15 Disember (kemudian) liga dijangka bermula pertengahan Januari. Insya-ALLAH,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");